Saturday, September 14, 2013

130 artis, ustaz bergabung untuk konsert Pray 4 Gaza, Syria, Mesir dan Myanmar

Dari kiri Munzir Divine, Bazli Unic & Ikhmal Divine

Lebih 130 artis akan bersolidariti untuk menjayakan konsert Pray 4 pada Sabtu di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Bandar Baru Bangi, Selangor, dari 6 petang hingga 12 tengah malam.

Konsert ini dianjurkan adalah untuk menyatakan solidariti keprihatinan bersama seluruh rakyat Malaysia dan dunia terhadap penindasan kekejaman yang berlaku di bumi umat Islam.

Menurut pengarah program tersebut, Mohd Fauzan Madzlan, program ini memilih simbol empat jari, bukan hanya sinonim dengan lokasi Rabiah Adawiyyah di Mesir tetapi diluaskan kepada pergolakan di Gaza, Syria dan Rohingya.

Gaza sedang disekat oleh Israel, Syria sedang berperang antara rakyat dan kerajaannya, Mesir pula sedang bergolak ekoran rampasan kuasa oleh tentera manakala umat Islam Rohingya di Myanmar sedang dikhianati oleh negara dan jiran-jiran mereka.

Program anjuran Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam) ini telah mendapat beberapa sokongan dan tajaan daripada beberapa pihak seperti Muslim Care, Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Agama Islam Selangor dan banyak lagi.

"Kami menjemput semua rakyat Malaysia ke program yang murni ini untuk menyatakan keprihatinan kita kepada apa yang berlaku pada umat-umat Islam di negara-negara terbabit," tambah Fauzan.

Program yang bakal dihadiri oleh ustaz selebriti, pelakon, penyanyi, pemain muzik, pelawak dan berbagai genre penggiat seni akan disiarkan secara langsung melalui TVikim (dalam talian). - 7 September, 2013.

By : The Malaysian Insider

Wednesday, March 6, 2013

DIVINE Official Page




















Just Click :-  DivineNasheed

Thursday, February 21, 2013

Meeting bersama TheVIDEOGRAPHERZ

Alhamdulillah, selesai meeting bersama TheVIDEOGRAPHERZ untuk pembikinan klip video "Kata Janji"...nantikan Hasilnya... ^_^


Sunday, February 10, 2013

Usrah "Munsyid Malaysia"


Alhamdulillah, Baru-baru ini Divine diberi peluang berusrah bersama sifu-sifu Nasyid "Munsyid Malaysia" di damansara. 

Perkongsian Pengalaman & nasihat dari mereka kepada Kumpulan baru akan kami tamankan dalam hati agar ianya menjadi pembakar semangat buat kami, InsyaAllah...

Turut hadir Saudara Amin In-Team, Razin Mestica, Mizie Kamis, Univoice, Fine, Bazli Unic, Ameer Huffaz & Sifu Terhormat Saudara Ito Lara.

Sambutan MaulidurRasul


Ceramah yang dibawa oleh Imam Muda Hizbur serta Penampilan Kumpulan Divine di Subang Bistari.

Friday, January 25, 2013

MaulidurRasul

MEMPERINGATI NABI JUNJUNGAN BESAR KITA
Nabi Muhammad S.A.W








Wednesday, January 23, 2013

Assalamualaikum semua....



-InsyaAllah, pada 1/2/2013 Divine akan berada di Sekolah Rendah Agama Bersama
Imam Muda Nuri Sempena Maulid Nabi.

-Pada 2/2/2013 pula kami di Subang Bistari.
Terima Kasih Allah...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates